Selamat datang ke ALAMI ANGGUN... Kami menawarkan pelbagai produk kesihatan yang berasaskan bahan-bahan alami untuk anda. HALAL dan selamat.. Hanya bahan-bahan alami yang terbaik untuk anda kekal sihat dan anggun di ALAMI ANGGUN...

Welcome to ALAMI ANGGUN... We provide varieties of health products for you to choose from, all made from natural ingredients. HALAL and safe... Only the best of nature for your health, beauty and well being at ALAMI ANGGUN...

Wednesday 19 December 2012

SLYMRICH & FIBER

SlymRich mengandungi Fiber Oat, Fiber Gandum, Fiber Apple Hijau, Psyllium Husk, Senna Leaf, Extrak Strawberry,Extrak Teh Hijau, L-Carnitine, Stevia, Vitamin C dan Collagen.

Apakah itu Fiber?

Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?

Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?

Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.


Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?

Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.

*Kredit kepada EHPS.

No comments:

Post a Comment