Selamat datang ke ALAMI ANGGUN... Kami menawarkan pelbagai produk kesihatan yang berasaskan bahan-bahan alami untuk anda. HALAL dan selamat.. Hanya bahan-bahan alami yang terbaik untuk anda kekal sihat dan anggun di ALAMI ANGGUN...

Welcome to ALAMI ANGGUN... We provide varieties of health products for you to choose from, all made from natural ingredients. HALAL and safe... Only the best of nature for your health, beauty and well being at ALAMI ANGGUN...

Monday 24 December 2012

Gabungan AS Beauty & SKINRICH

Gabungan AS Beauty dan SKINRICH untuk hasil yang lebih menakjubkan.. AS Beauty untuk penjagaan luaran, manakala SKINRICH pula untuk penjagaan dalaman.


AS BEAUTY SKIN CARE

  • Sesuai pada semua kulit muka tak kira lelaki atau perempuan, untuk yang jerawat resdung pun boleh guna.
  • 100% dari malaysia dan bahan-bahan hanya 100% tumbuhan organik yang asli.
  • Melembabkan, memutihkan, dan mencerahkan kulit wajah.
  • Mengecilkan pori-pori secara berperingkat.
  • Menyamarkan dan sekaligus menghilangkan jeragat.
  • Membantu menyamarkan noda hitam.
  • Mensekatakan tonne kulit wajah.
  • Mencegah timbulnya jerawat.
  • Menaikkan seri wajah.
  • Tempoh percubaan selama 14 hari tanpa penggunaan produk lain, bedak dan kosmetik.
  • Selepas 14 hari perawatan barulah boleh pakai bedak atau kosmetik di wajah ♥♥♥♥

PRODUK INI DAPAT MERAWAT WAJAH SECARA SEMULAJADI DALAM MASA YANG SINGKAT.


Wednesday 19 December 2012

SLYMRICH & STEVIA

Stevia adalah salah satu kandungan penting dalam SlymRich. 

Antara ciri-ciri stevia ialah:

  • Pemanis semula jadi
  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Melawaskan kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membunuh bakteria
  • Membunuh kulat
  • Membunuh virus
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan
Apakah itu Stevia?

Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes. Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung. Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada. Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.

*Images are courtesy from Google search.
*Kredit kepada EHPS.

SLYMRICH & FIBER

SlymRich mengandungi Fiber Oat, Fiber Gandum, Fiber Apple Hijau, Psyllium Husk, Senna Leaf, Extrak Strawberry,Extrak Teh Hijau, L-Carnitine, Stevia, Vitamin C dan Collagen.

Apakah itu Fiber?

Fiber merupakan gentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan. Fiber membentuk dan menawarkan kekuatan serta struktur bagi tumbuh-tumbuhan. Gentian berkenaan merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung dalam semua bijirin seperti beras, gandum, oat, psyllium husk , buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, guava dan sebagainya. Fiber hanya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan tidak terkandung dalam daging haiwan, ikan dan bahan tenusu.

Apakah kepentingan Fiber terhadap kesihatan manusia?

Menurut pakar-pakar kesihatan, pengamalan kesihatan bermula dari penjagaan bahagian usus. (rumah penyakit ialah perut) Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat pengendalian bahagian usus secara berkesan. Fiber membantu meransang sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Selain daripada itu, ia membuatkan anda merasa kenyang lalu mengurangkan kuantiti makanan yang diambil dan dengan demikian membantu mengawal berat badan.

Benarkah fiber dapat membantu mengawal berat badan?

Fiber berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut dan membuatkan anda berasa kenyang. Hal demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori . Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan rajin bersenam juga membantu dalam pengawalan berat badan.


Berapakah jumlah pengambilan fiber yang sesuai bagi seseorang setiap hari dan apakah cara pengambilannya?

Menurut cadangan pakar pemakanan, jumlah pengambilan fiber yang disyorkan bagi seseorang setiap hari adalah di antara 20-35 gram. Anda dicadangkan untuk menambah kuantiti pengambilan sedikit demi sedikit. Minumlah lebih banyak air apabila kuantiti pengambilan fiber kian menambah . 8 gelas air dicadangkan untuk diminum setiap hari.

*Kredit kepada EHPS.

Atasi Perut Buncit & Obesiti Dengan SLYMRICH!

Harga sekotak SlymRICH yang mengandungi 15 sachets RM70/RM75 Sabah Sarawak.
**Harga tidak termasuk poslaju.


*Kredit kepada EHPS.

Tuesday 18 December 2012

SLYMRICH Fiber Collagen Drink

SlymRICH - Penawar Perut Buncit dan Obesiti

Pembersihan usus ialah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan mengempiskan perut. Bahan buangan yang semakin terkumpul dalam usus disebabkan cara pemakanan tidak tetap dan terlalu kuat makan adalah salah satu daripada faktor menyebabkan sembelit.

Oleh itu pembersihan usus ialah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan perut buncit. Proses ini membabitkan pembuangan lemak, toksin dan minyak daripada badan. Salah satu produk di pasaran yang dapat membantu anda mencegah masalah sembelit dan perut buncit ialah SlymRich .

Mereka yang mengambil SlymRich akan dapat merasai perbezaannya selepas satu hingga lima hari mengamalkan minuman ini. Anda akan mengalami pembuangan najis yang banyak (mungkin berbau busuk dan berwarna hitam). Jangan bimbang kerana ini adalah antara proses membuang lemak, toksin dan minyak dalam tubuh. Selain itu, anda akan mengalami pembuangan lebih daripada sekali dan masalah sembelit bertambah baik.

Selepas 15 hari mengambil produk ini, toksik semakin berkurangan, lemak, minyak, lendir yang tidak diperlukan semakin terbuang dan perut semakin lembut serta kurang buncit.

Produk SlymRich mendapat sambutan di kalangan pengguna yang menghadapi masalah perut buncit tidak kira lelaki atau wanita.

Ramai yang berjaya mendapat perut yang kempis dengan cara pengambilan yang betul seperti disyorkan. Sekiranya anda sedang tercari-cari produk diet atau formula untuk turunkan berat badan SlymRich adalah jawapan yang tepat.
Formulasi SlymRich yang berharga RM70 adalah minuman yang sempurna bagi yang inginkan badan yang langsing secara sihat bertindak memberikan rasa kenyang atau mengurangkan pengambilan makanan, membantu menguruskan badan tanpa kegemukan semula.

Formulasi satu-satunya minuman fiber diet yg ada gabungan terbaek beberapa jenis fiber iaitu: Fiber Oat, Fiber Gandum, Fiber Apple Hijau, Psyllium Husk, Senna Leaf, Extrak Strawberry, Extrak Teh Hijau, L-Carnitine, Stevia, Vitamin C dan Collagen. Dengan khasiat untuk tenaga dan memberi rasa kenyang semulajadi tidak kira bila waktu yang diperlukan, anda boleh tentukan bila masa anda mahu diet sama ada pagi, tengahari atau malam.

CARA HIDANGAN: 

  • Bancuh satu paket dengan segelas air suam atau sejuk biasa. 
  • Kacau hingga larut & minum segera.
  • Ambil 1 kali sehari selepas makan. 
  • Bagi berat badan melebihi 75kg ke atas digalakkan minum 2 kali sehari selepas mkn pagi dan malam. 
  • Banyakkan minum air kosong.

Atasi obesiti dengan SlymRich hari ini.. TERBAEK!!.